35) Berkawan dengan
selebriti radio atau TV: Cari jalan untuk merapatkan diri dengan selebriti radio atau tv.
Mereka adalah manusia biasa yang sukakan penghargaan. Kirimkan mereka hadiah
yang luar biasa yang membuatkan mereka akan menyebut nama anda apabila mereka
bersiaran.
34) Tukar mesej telefon anda : Sekiranya ada orang yang
menelefon telefon pejabat atau telefon bimbit anda selepas waktu pejabat, ianya
mungkin merupakan peluang anda untuk memasarkan kepada mereka. Tukar mesej
panggilan telefon anda daripada "Maaf, kami sedang sibuk, sila tinggalkan
pesanan anda!", tukarkan kepada "Maaf, kami amat sibuk melayan
pelanggan kami sepanjang hari dan kami agak keletihan. Tinggalkan nama dan
nombor telefon anda, kami pasti akan memanggil anda semula pada pukul 9.05pagi
nanti!"
33) Mewujudkan sistem memperkenalkan kawan: Sekiranya pembekal atau
pelanggan gembira untuk berurusan dengan anda, anda boleh memberikan mereka
penghargaan contohnya voucher RM50 untuk setiap pelanggan baru yang
diperkenalkan.
32) Lancarkan kempen
untuk membuat sesuatu perubahan: Apakah perkara yang membuat orang ramai tidak gembira atau
tidak berpuashati? Anda boleh menjadi penganjur kepada sesuatu kempen kesedaran
di kawasan anda, contohnya, kempen menentang aedes. Sekiranya perniagaan anda
memang secara terus dapat menyelesaikan masalah ini, ia adalah lebih baik.
31) Menawarkan
perundingan atau memberikan ucapan: Cari kumpulan sasaran yang dikehendaki dan sertai mereka,
tawarkan kepakaran anda dengan memberikan perundingan atau ucapan secara
percuma. Ia akan mula membina anda untuk menonjol sebagai pakar dalam bidang
tersebut.
30) Berpakaian menarik
mengikut tema pakaian tertentu : Ia hampir sama dengan idea sebelum ini, tetapi ini adalah
berpakaian mengikut tema pada hari-hari tertentu dalam seminggu. Ini akan
membuatkan pelanggan tertarik dengan keceriaan kedai atau pejabat anda.
29) Berkenalan dengan
hampir sesiapa sahaja: Mereka
yang bijak membuat pemasaran adalah mereka yang bukan berkenalan dengan orang
lain untuk menjual tetapi berkenalan untuk mengenali orang lain, ketahui apa
yang mereka lakukan. Pendek cerita, berkawan dan minat untuk mengenali orang
lain. Tetapi, suka atau tidak, mereka pasti akan mula bertanya tentang apa yang
anda lakukan. "Terpaksalah" anda kongsikan tentang perniagaan anda.
28) Menulis Ebook
percuma: Ya, tuliskan
ebook atau artikel dan berikan secara percuma di laman web anda atau melalui
emel. Ia akan membina kredibliti anda.
27) Menaikkan Harga : Kadang-kadang, strategi menurunkan harga
bukanlah cara paling baik untuk menarik pelanggan tetapi menaikkan harga pun
boleh menarik pelanggan kepada anda. Anda mungkin akan kehilangan pelanggan
yang "low-end" tetapi anda akan mendapat pelanggan yang lebih tinggi
kualitinya.
26) Mulakan
e-newsletter: Gunakan format
newsletter yang mudah untuk sentiasa "stay connected" dengan
pelanggan-pelanggan atau prospek anda. Ingat, rahsia pemasaran adalah bagaimana
anda sentiasa mengingatkan mereka tentang "kewujudan" anda!
25) Ubah cara
bagaimana telefon anda dijawab : Berikan staf anda kebebasan untuk mencuba menjawab telefon
dengan stail yang berbeza tetapi bersemangat. Sekiranya kita menjawab panggilan
telefon dengan senyuman dan ceria, pelanggan anda pasti dapat merasakan
keceriaan tersebut, begitulah sebaliknya.
24) Gunakan krew
promosi: Anda boleh
mendapatkan krew "part-time" atau sementara yang boleh membantu anda
membuat promosi serta memberikan informasi perniagaan anda kepada orang ramai.
Pastikan mereka memakai tshirt yang mempunyai logo perniagaan dan kempen
pemasaran anda. Pastikan mereka ceria apabila menyertai kempen ini.
23) Mempromosikan
produk atau perkhidmatan anda secara bersilang (Cross Promotions) : Apakah produk atau perkhidmatan lain
yang pelanggan anda mungkin perlukan? Setelah mereka membeli daripada anda,
biasanya mereka gembira untuk tahu apakah produk lain yang anda boleh tawarkan.
22) Menjual hadiah/
voucher penghargaan : Ramai pelanggan
gemar untuk membeli hadiah atau voucher untuk dijadikan hadiah kepada orang
lain. Contohnya jika anda ke kedai buku Borders, mereka ada menjual voucher
hadiah di kaunter tunai mereka untuk anda hadiahkan kepada orang lain.
21) Buat sesuatu yang
di luar jangkaan : Apa perasaan
anda jika kedai kek ditempat anda mengirimkan SMS kepada anda dan meminta anda untuk
datang ke kedainya untuk mengambil hadiah istimewa atau memberikan anda diskaun
kepada anda untuk hari itu sahaja, tanpa sebarang sebab. Hanya sebagai tanda
penghargaan. Pasti anda akan rasa gembira. Itulah yang anda boleh lakukan
kepada pelanggan anda. Anda boleh dapatkan sistem sms dan kredit percuma di www.ETSI.com.my, ia adalah
sangat efektif.
20) Mengeluarkan Press
Release : Salah satu
perkara yang penting untuk anda lakukan adalah untuk menghantar press release
kepada media. Press release dengan kisah yang menarik akan memberikan anda
pendedahan percuma di akhbar atau majalah. Ini akan meningkatkan reputasi anda
serta meningkatkan jualan anda.
19) Sertai mana-mana
organisasi yang boleh menyokong perniagaan anda: Libatkan diri dengan mana-mana
persatuan, kelab, dewan perniagaan atau koperasi yang dapat memberikan anda
kelebihan untuk mengembangkan jaringan perniagaan anda serta meningkatkan
perniagaan anda.
18) Menjual apabila
anda mengeluarkan inbois: Sekiranya
anda berurusan dengan pelanggan korporat atau syarikat kecil dan sederhana,
biasanya yang melihat dokumen inbois tersebut adalah orang penting di syarikat
tersebut. Buat satu cop getah yang berbunyi "Terima kasih kerana berurusan
dengan kami, semoga kami mendapat bayaran yang pantas!" dan copkan di atas
inbois tersebut.
17) Membuat katalog
produk : Salah satu cara
paling klasik untuk memberikan pelanggan informasi tentang senarai produk atau
perkhidmatan anda. Untuk mengurangkan kos, adalah lebih elok produk tersebut di
senaraikan di laman web anda dan ianya boleh dicetak daripada situ. Anda juga
boleh menggunakan digital printing yang kosnya adalah lebih rendah daripada
percetakan biasa.
16) Kempen Mengutip
Sampah : Atau kempen
bersihkan rumah kebajikan serta kempen menderma untuk tabung anak yatim.
Pastikan anda terlibat secara aktif di dalam kempen yang melibatkan masyarakat
setempat. Pastikan juga yang anda menaja Tshirt yang mempunyai logo syarikat
anda serta membuat press release untuk mengumumkan kempen tersebut.
15) Gunakan kajian kes
: Sama seperti
testimonial pelanggan, kajian kes akan menunjukkan anda sebagai pakar dan
pengalaman pelanggan yang gembira dengan anda.
14) Menggunakan kaedah
pemasaran yang menyeronokkan : Pasang spotlight di atas bangunan majlis perbandaran yang
menunjukkan logo perniagaan anda atau berikan belon yang mempunyai loga
perniagaan anda kepada kanak-kanak, ia adalah cara pemasaran yang mudah tetapi
berkesan.
13) Menulis kepada
akhbar tempatan : Akhbar tempatan
biasanya memerlukan banyak berita tentang apa yang berlaku di sekeliling
mereka. Biasakan membeli akhbar tempatan serta menulis kepada editor mereka
mengenai mana-mana isu yang anda boleh sumbangkan cadangan atau kepakaran.
12) Fokus untuk
memperbaiki staf anda : Gunakan
pihak ketiga untuk menguji dan menilai staf anda bagi memastikan yang mereka
sentiasa menjaga reputasi syarikat serta memberikan yang terbaik kepada
pelanggan anda.
11) Lakukan sesuatu
yang orang lain tidak lakukan atau tidak dapat lakukan: Analisa pesaing anda dan perhatikan apa yang
pelanggan anda perlukan tetapi tiada siapa yang berikan kepada mereka. Ia
mungkin agak sukar tetapi berbaloi untuk dilakukan kerana ia akan membuatkan
anda unik.
10) Pergi bercuti : Sekiranya anda bekerja 18 jam sehari, 7
hari seminggu tiap-tiap minggu bertahun-tahun lamanya, anda pasti akan
ketandusan tenaga dan idea baru untuk memperbaiki perniagaan dan membuat
strategi pemasaran baru. Apabila anda bercuti, anda mempunyai masa untuk
melihat perniagaan anda dari perspektif yang berbeza dan biasanya anda akan
mendapat lebih banyak idea untuk memperbaikinya.
9) Lancarkan publisiti
tergempar : Buat sesuatu
yang dapat menarik media dan orang ramai kepada anda atau perniagaan anda.
Kalau boleh pastikan yang ianya ada kaitan dengan jenama anda atau perniagaan
anda.
8) Gunakan forum di
internet : Sekiranya anda
ingin menambah database pelanggan yang datang ke laman web anda, luangkan masa
1 jam seminggu untuk menjawab emel atau soalan di forum yang ada kaitan dengan
anda atau perniagaan anda.
7) Tips percuma di
Facebook atau mana-mana sosial media di internet : Bersedia untuk memberikan tips percuma
yang membantu orang lain tentang topik atau perkara yang ada kaitan dengan
kepakaran anda. Ini membina reputasi anda dan mempromosikan perniagaan anda.
6) SMS pelanggan anda
: Apa perasaan
anda sekiranya setiap tahun, kedai kek berdekatan dengan rumah anda mengirimkan
sms 1 hari sebelum harijadi anda dan paling awal mengucapkan selamat harijadi
kepada serta menawarkan voucher diskaun pembelian kek kepada anda? Sistem SMS
yang bagus seperti di www.ETSI.com.my dapat membantu anda untuk memprogramkan
sistem automatik dengan nama pelanggan bagi menghantar sms dengan lebih
efektif.
5) Tingkatkan imej
anda, perniagaan atau kedai anda : Pelanggan suka berurusan dengan mereka yang sentiasa
nampak baru, segar, terkini dan ceria.
4) Sokong Badan
Kebajikan : Tuliskan di kad
perniagaan serta pejabat atau perniagaan anda yang anda menyokong badan
kebajikan mana serta sediakan tabung derma untuk pelanggan anda juga dapat
membantu bersama-sama anda. Pelanggan suka ahli perniagaan yang pemurah.
3) Tulis dan kongsikan
profil atau kisah anda : Ya,
pelanggan suka mengenali latar belakang pengasas atau pemilik sesuatu
perniagaan, apatah lagi anda yang mungkin pernah gagal dan hari ini lebih
berjaya. Ia memberikan inspirasi dan meningkatkan nilai diri anda. Jangan fikir
yang anda belum menjadi orang yang berjaya. Anda mungkin lebih berjaya daripada
ramai mereka yang gagal di luar sana.
2) Emel : Mengirimkan emel kepada pelanggan anda
dan memberikan panduan, tips atau memberikan perkembangan terkini tentang
produk atau perkhidmatan anda akan membuatkan mereka tertunggu-tunggu berita
daripada anda.
1) Sentiasa tersenyum
dan teruja : Ya, ini adalah
penting kerana pelanggan suka berurusan dengan mereka yang memberikan mereka
tenaga positif. Pastikan anda juga boleh buat pelanggan tersenyum dan teruja
selepas berjumpa dengan anda atau berurusan dengan anda. Mereka akan ingat dan
kongsikan dengan orang lain secara percuma!
Sama-samalah kite gunakan
ilmu ini untuk menjadi usahawan yang lebih berjaya. Marilah kita berniaga
secara sihat. Sesungguhnya rezeki Allah itu amat luas. Kita Kaya dan berjaya!!
Love,
Leeya