Monday, 8 August 2016

Belajar Benda Baru...

Assalamualaikum...


First of all, saya nak perkenalkan diri dulu ye.. nama saya leeya. Seorang isteri dan ibu kepada 2 orang cahaya mata lelaki. Anak yang sulung berusia 2 tahun 2 bulan dan yang kedua berusia baru 4 bulan hehe kira baru lepas pantang la ni. Zaman blogging ni dh wujud sekian lama dh.. Saya suka sangat membaca blog2 orang untuk mencari maklumat. Kalau ade masa lapang selalunya saya akan mencari maklumat tentang resepi masakan, ilmu berumahtangga, parenting, ilmu perniagaan dan macam-macam lagi la. Semuanya hanya dihujung jari cuma nak tak nak je membaca. Tak pernah terfikir pun nak buat blog sendiri. So now.... harini!!! saya mula buat blog saya sendiri untuk berkongsi dengan anda semua di luar sana apa yang saya tahu. Tak salah berkongsi ilmu jika ianya memberi manfaat kepada orang lain kan..Saya selalu berpegang pada kata-kata hikmat dr Dr Azizan ni, THE MORE YOU GIVE, THE MORE YOU GET BACK. Namun, tujuan utama penulisan blog ini adalah untuk mempromosikan produk 'Leeya Cakes'....

Passion dan minat dalam baking dh wujud lama since kecik lg.. Waktu hari raya suka sgt tolong mak and makcik buat kuih raya. Sanggup tidur lewat ni sebab nak tunggu kuih tu masak. Tak sabar nak tengok hasil dan rasanya. Bila dah besar sket, waktu sekolah menengah macam tu, dh mula berjinak-jinak dengan oven. Time tu mula la belajar buat kek dan resepi pertama yang saya buat of course la kek coklat... Favourite satu family adalah anything yang berkaitan dengan coklat semuanya sedap.

Bila dh masuk degree kt UiTM dulu, selalu juga buat kek coklat bagi pada kawan-kawan rasa. Diorang pun suka and dapatlah pujian kek tu sedap...hehe... Sampaikn mereka cakap leeya kenapa tak jual kek yang leeya buat ni. Time tu tak pernah rasa nk buat bisnes pn just suka-suka baking je. Confident pn takde apatah lagi ilmu berbisnes.

Nak sambung lagi ni, hehe.. bila zaman bercinta dengan jejaka hati (now dh jadi husband la...) selalu juga buatkan kek coklat untuk die.. of course la die pn ckp kek tu sedap.. time ni kek coklat je yang reti buat..hahaha.. kiteorang bercinta jarak jauh..daripada time study sampai la bekerja.. saya study di shah alam si dia di johor, saya bekerja di kl si dia bekerja di labuam.. so... selalu la dapat request darinya untuk buatkan kek coklat and bawakla kek tu waktu kiteorang dating.. excited sungguh setiap kali nak baking hehe...

Nak jadikan cerita, turning point utk saya business kek ni apabila saya joint kelas kek di GULA CAKERY pada tahun 2015. Cikgu Nani adalah guru saya. Cantik dan muda orangnya tetapi sungguh berbakat dalam baking. Antara resepi yang saya belajar adalah nutella cheese tart, fudgy brownies dan juga mini pavlova.

nutella cheesetart



mini pavlova



fudgy brownies



with cikgu Nani

                                                     
Love,
Leeya


No comments:

Post a Comment